Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm Nurul AtiQah. The owner of this blog. Replace this with yours.ThanKYU



Entries About Linkies Stuff


Scream!

Put your CBOX codes here!

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

MALAM RAYA

Assalamualaikum... Hehehe. Tajuk macam cerita hantu kan? Rajin pulak aku update blog ni. Motivasi apakah? Mungkin sebab takde benda nak buat, twitter & FB dah deactive. Kurang sikit aku ngadap internet kan? Rasa2 nak berkubur terus account twitter & FB tu supaya stalker itu ada kerja lain nak buat & memanfaatkan masa yang ada dari dok stalk account sosial aku. Ah.. ayat macam retis plak kan? Sebab aku bukan retis lah aku kisah. Kalau aku retis aku biar je orang nak stalk segala. And sebab aku tak suka di perhati kan. Cukup. Cerita lebih pun bukan orang faham. So biar takat situ je lah. Hihiii.

Cerita malam raya, lepas berbuka puasa hari terakhir ramadhan tadi perang mercun pun bermula. Actually aku takut bunyi mercun dan aku jenis melatah. Duduk kat luar tengok adik2 dan jiran tetangga main mercun aku menjerit macam makcik peah. Sempat je snap2 gambar buh dalam instagram. Ah meriah kot instagram. Ada instagram?
 
 
 
                      Pelita malam raya.. pelita buluh sedikit moden ni dah 2 tahun raya tak silap aku.
 
 
perangg ! meriahh nyahhh




                                                                      MERDEKA


Ehh... sedar tak kita raya ke-13 kita nak sambut kemerdekaan negara kita yang ke-55? Tu lah, seronok sangat nak raya sampai tak ingat kita nak sambut merdeka. So, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-55 pada 31 Ogos 2012 ni. I LOVE MALAYSIA.


Kisahnya malam raya ni takde nak buat apa sangat sebab penat kot.. siang td pulun buat lemang, rendang segala... Kemas rumah sudah. Esok pagi raya kemas sikit-sikit je lah. Tengah hari dah nak balik kampung nenek belah emak. 





Sebenarnya aku takde lah suka sangat makan lemang, rendang & segala gulai-gulai raya ni. Cuma nak menumpang kemeriahan raya je. Raya takde seronok macam zaman kanak-kanak, berkumpul dengan sepupu sepapat, main mercun & bunga api, tidur sama2 dekat ruang tamu & rumah atok riuh rendah dengan gelak tawa kami. Tapi... kalau boleh aku taknak balik zaman kanak-kanak sebab dulu-dulu hidup susah. Boleh ingat muka mak & ayah yang tak berapa gembira sebab tak boleh penuhi keinginan anak2 dia berhari raya macam anak orang lain. Heh, kenangan mengusik jiwa betul. Anyway, semua tu jadi pedoman supaya tak mudah lupa diri. Alhamdulillah... :)

Kepada semua yang mengenali diri ini, Selamat Hari Raya AidilFitri di ucapkan. Maaf Zahir & Batin andai ada salah & silap...
 

Labels: